[Read] ➲ Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu ➮ Hasrizal Abdul Jamil – Saudionline.co.uk


10 thoughts on “Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu

  1. says:

    Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu.Pertama kali terpandang buku ni, saya sudah tertarik untuk membelinya Dan alhamdulillah sudah berjaya habiskan Seindah nama tajuk buku ini, boleh dikatakan seindah itu juga penceritaan yang Ustaz Hasrizal ceritakan.Kisah liku liku kehidupan sebagai seorang perantau yang diuji pelbagai dugaan oleh Allah dan dalam masa yang sama Ustaz tonjolkan bagaimana meletakkan tawakkal dan harapan kepada Allah.Diuji dan diuji.Tapi terus tabah melangkah menghadapi liku liku kehidupan.Saya rasa dekat dengan buku ini, mungkin kerana pernah juga teruji ketika hidup di perantauan.Kisah berlainan tapi mungkin apa yang Allah hendak tunjukkan mungkin sama.Sabar.Tabah.Redha.Tawakkal.Dan sebagainya.Itu yang Allah didik.Bukan hanya sekadar kisah ujian.Tapi ustaz Hasrizal ada menyelitkan liku liku dan cabaran sebagai seorang Imam di negara bukan Islam, Belfast, liku liku sebagai seorang pelajar di perantauan.Sejujurnya, buku Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama Mu cukup menarik Seindah cover depannya, insyaAllah seindah itu jua bahasa di dalamnya Petikan dalam buku Saya mengambil inisiatif menemukan Laura dengan Hannan, iaitu isteri kepada majikan saya yang juga merupakan seorang Irish Muslim Lanjutan daripada itu, Laura ditemukan dengan beberapa orang lagi Irish Muslim, yang meyakinkan dirinya bahawa dia tidak bersendirian dengan hijrah yang bakal dilakukannya nanti Tetapi, saya mendapat kekuatan itu akibat peristiwa malam tadi kata Laura Apa yang berlaku saya ingin tahu Malam tadi kami sekeluarga ke gereja untuk menghadiri mass bersempena dengan Hari Ibu Ajaib sekali, ceramah yang disampaikan oleh paderi di gereja itu sungguh mengesankan Saya asyik mendengarnya malah ahli gereja yang lain juga begitu mengaguminya, cerita Laura Selepas selesai majlis, seperti biasa paderi berdiri di pintu gereja, bersalaman dengan kami semua Apabila tiba giliran saya, saya mengucapkan tahniah kepadanya atas ceramahnya yang sungguh hebat, sambung Laura Wah bagus begitu Jarang sekali imam masjid menghargai mereka yang hadir ke masjid sedemikian rupa Saya juga harus mengamalkannya saya mencelah.Laura dan hadirin yang lain ketawa Apa isi ceramahnya saya mahukan kepastian Oh, ceramah malam tadi ialah tentang hubungan ibu dengan anak, dari kandungan hingga penyusuan dan kepentingan menyusukan anak sendiri, kata Laura.Saya mengangguk Jemaah yang lain juga khusyuk mendengar Lalu saya beritahu paderi tersebut tahniah, kerana ceramah awak yang sangat bagus Cuma, saya ingin tahu, pernahkah tuan membaca apa apa daripada Quran, buku orang Islam, tentang tajuk yang dibentangkan tadi cerita Laura lagi.Saya khusyuk mendengar cerita Laura Dia memang pengunjung setia gereja Tetapi aturan Allah sedikit berbeza Setiap kehadirannya ke gereja, menjadikan dia semakin hampir kepada masjid Paderi itu membisikkan ke telinga saya bahawa sebenarnya dia mengambil keseluruhan inti ceramahnya daripada al Quran Dia tidak bertemu dengan keterangan sebaik keterangan al Quran tentang topik tersebut, tegas Laura Allah saya mengurut dada.


  2. says:

    Alhamdulilah saya akhirnya siap membaca buku ini ketika di perpustakaan John s Ryland, University of Manchester Beberapa hari lepas juga saya tersangkut lama di sini kerana mahu menghabiskan satu dua bab yang begitu mendebarkan Menjelaskan betapa buku ini mengundang pembaca untuk terus lekat di atas meja atau sofa bacaan Teruja Satu kerana tak sangka penulis mempunyai banyak pengalaman menarik dan mencemaskan merengkuk dalam penjara, didatangi paderi Katolik beremosi ketika bertugas sebagai imam masjid, putus tunang istilah yang mengejutkan saya ketika membaca, anda perlu baca sendiri dan mengetahuinya dan bermacam macam lagi Banyak juga isu yang sangat akrab dengan pelajar luar negara dijelaskan dan diceritakan penulis ucapan Krismas, Halloween, perkahwinan dengan ahli kitab, kesombongan masyarakat Melayu di bandar X kena baca baru tahu dan lain lain Semuanya diceritakan bersama situasi yang tidak membosankan Satu lagi yang mengujakan saya adalah keupayaan penulis untuk menyelitkan ilmu ilmu bermanfaat di sepanjang kembaranya yang bersahaja Secara tidak sedar, pembaca seakan akan larut dalam pembacaan dan ilmu dapat dihadam tanpa disedari Maksudnya, ilmu diadun dengan resipi cukup enak bersama travelog dan kisah hidup penulis Hal ketiga yang mengujakan saya adalah penulis bukan tipikal dengan mengulas aspek aspek berlaku hanya dari kaca mata Islamik Dia banyak menggunakan pengalamannya menonton beberapa filem, membaca buku dan lirik lagu dalam menyampaikan ideanya ada juga lagu Michael Jackson di dalam buku ini Justeru, karya ini bukan tipikal kisah Islami yang dibumbui pelbagai istilah Arab yang asing namun dalam masa yang sama, penulis menggunakan ilmu ilmu lain di luar bidang pengajiannya dalam syariah pengajian Islam untuk menyampaikan mesej Sesuatu yang saya kira tak dapat dibuat oleh semua pendakwah Hanya pendakwah yang buat kerja rumah berlebihan sahaja mampu lakukannya Tidak semua orang boleh menghasilkan kembara penuh ilmu dan cabaran seperti ini Kalau saya menulis sekalipun, saya tidak akan dapat untuk mengupas isu isu yang dibawa penulis, yang saya kira agak berlainan daripada biasa atas sebab pengalamannya sebagai imam sebuah masjid di Belfast masih adakah pelajar orang Malaysia menjadi imam di masjid UK Ire sekarang Kalau ada pun tak ramai.Gaya bahasa digarap penuh santai Dialog yang jelas dan tidak menyukarkan pembaca Tahniah sekali lagi kepada penulis Saya memberi lima bintang atas pengalaman pengalamannya yang saya rasa begitu berharga dan sukar didapati daripada penulis lain Saya sebagai pelajar luar negara sendiri pun tidak mampu untuk merasai pengalaman sedemikian Terima kasih atas perkongsian bermakna


  3. says:

    Rasa macam puas di hati dapat menghabiskan bacaan buku ini hingga ke muka surat terakhir Ustaz Hasrizal berjaya mendeskripsikan perjalanan hidupnya dengan bahasa yang mudah dan santai Kisah kisah hidupnya banyak memberikan inspirasi dan pedoman pada diri ini.Mukadimah buku ini banyak menceritakan suka duka Ustaz Hasrizal dan ia berjaya membuatkan mata aku berair maklumlah, dalam hati ada taman mengenangkan ujian yang dihadapinya sangatlah mencabar dari pengajiannya di Jordan yang tertangguh sehinggalah ke alam perkahwinannya, sangat terharu dan kalau tak kuat memang dah putus asa dah respek ustaz Buku ini juga dapat membuka mataku tentang penerimaan dan gaya hidup muslim di luar negara yang penuh pancaroba dan permasalahan permasalahan yang tak terjangkau dek akal pemikiran, dengan dugaan Islamofobianya selepas peristiwa 9 11.Anak anak muda yang cepat berputus asa muhasabah diri dan mencari cari hala tuju serta ingin memahami keindahan Islam dengan lebih cerah, disarankan mendapatkan naskhah buku ini.


  4. says:

    17.04.2014Travelog kedua dari Ustaz Hasrizal yang KakChik baca Pada KakChik travelog ini lebih kepada perjalanan yang sukar buat penulis Perjalanan mencari jalan untuk menerima dugaan dan ujian dengan berlapang dada.Permulaan kisah travelog ini memang buat kita sedikit tertekan kerana beratnya ujian yang menimpa Ustaz Tiga tahun tertangguh untuk menamatkan pengajian disebabkan pelbagai ujian dan juga halangan Pengajian yang sepatutnya mengambil masa 4 tahun sahaja berlanjutan kepada 8 tahun Sekali ganda masa yang berlalu Ujian fitnah yang menyebabkan biasiswa ditarik balik menjadi penyebab permulaan getir di tanah Jordan dan seterusnya kembara ke bumi London.Saat ditahan di penjara di Ireland juga telah meninggalkan rasa hiba yang kuat di hati KakChik Bagaimana rasa tidak berdaya dan juga tiada upaya Hanya kebergantungan kepada Maha Pencipta Namun ukhuwah Islam tetap ada walaupun mereka terpenjara di sana Walaupun ujian itu tidak lama tapi tetap meninggalkan kesan dalam hidup penulis.Ujian saat untuk mendirikan rumahtangga juga tidak kurang hebatnya Ustaz Hasrizal tidak segan silu menulis segala kekurangannya ketika itu Dengan tiada duit untuk menyunting tunang menjadi permaisuri tapi sokongan dan kata perangsang tunang telah membantu Ustaz Hasrizal tekad untuk meneruskan perancangan mereka.Kehidupan di bumi Belfast sebagai Imam dan juga pengetua Belfast School Islamic juga bukan sedikit cabarannya Pelbagai pegangan dan juga negara yang berbeza dengan 20 bahasa yang dipertuturkan bukan mudah untuk dikendalikan tanpa ada salah faham Namun kerana amanah dan juga tanggungjawab tetap dipikul sebaik mungkin walaupun terpaksa berjauhan dengan isteri.Pada KakChik travelog ini lebih menonjolkan sisi gelap pengalaman Ustaz Hasrizal berbanding dengan travelog Secangkir Teh Pengubat Letih Pengalaman dan juga ujian lebih ekstrem sehingga pada KakChik hanya yang kuat sahaja mampu untuk menempuhinya.Opppss, baru perasan sepatutnya KakChik baca dulu Travelog Tarbiah Rindu Bau Pohon Tin Sebab buku tersebut travelog pengalaman Ustaz Hasrizal ketika di bumi Jordan.


  5. says:

    Benarlah Menulis bukan sekadar menulis Di tangan perlu ada pengalaman, cerita, hikmah dan ah, pastinya iman dan islam Indah Jujur, memulai membaca agak mengelirukan, yang mana satu dahulu kisahnya Tidak mengikut kronologikah Mengingat kembali bahawa semua coretan ini adalah susunan daripada tulisan tulisan di blog penulis, saya menjadi penyabar sementelah, memang lama sudah tidak menjengah dan membaca blog penulis Maka ia seperti suatu kembara juga buat saya Seronok Ya, seronok membaca pemgalaman orang Turut terasa juga membaca pahit getir orang Sedikit, sedikit ada yang pernah saya alami sendiri, maka pembacaan menjadi lebih bererti Itulah, di akhir setiap coretan, pasti ada hadiah buat si pembaca Terkesan Garapan tarbiah dalam tulisan Terima kasih buat penulis Memang Memang rindu pada kembara Kembara selesai, selepas ini apa pula ya


  6. says:

    Ustaz Hasrizal pernah post artikel di blog tentang beliau dipenjarakan kerana visa tamat Jadi nak tahu cerita selanjutnya, saya habiskan baca buku ini.Selain daripada cerita jalan hidup Ustaz Hasrizal, sangat banyak pengajaran dan mesej yang boleh diambil Antara yang saya paling kagum, ialah apabila beliau memberikan ucapan takziah selepas kematian seorang kanak kanak perempuan daripada keluarga Kristian, dan kemudian saudara kanak kanak tersebut berjumpa Ustaz Hasrizal untuk belajar tentang Islam.Gaya penulisan yang sedap, buat pembaca lagi tak sabar untuk nak tahu cerita seterusnya Mesti baca untuk setiap orang.


  7. says:

    Sukar untuk mengungkapkan perasaan saat membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal ini Gembira, sedih, sebak, terharu, lucu semuanya bersatu di dalam buku tarbiah rohani ini Gaya penulisan Ustaz Hasrizal juga santai, mudah diterima dan penuh kejujuran Setiap baris baris ayat dalam buku ini terdapat sesuatu yang menarik untuk direnungkan.Buku ini berkisar tentang pengalaman Ustaz sepanjang menetap di bumi Eropah Perkongsian yang saya rasakan cukup berharga Sebagai seorang Muslim, buku ini memberi saya inspirasi, semangat, nasihat dan teguran kepada saya dalam mendepani ujian, berjihad dan perjuangan dalam hidup Kisah Islam dan Muslim yang berlaku di bumi Eropah membuat saya rasa lebih dekat dengan pelbagai persoalan umat Buku ini mesti dibaca oleh setiap pendakwah Selain itu, Ustaz juga berkongsi pelbagai judul buku yang menarik Setiap kali Ustaz sebut nama buku atau penulisnya, saya akan terus membuat carian di enjin carian untuk membaca preview yang berkaitan dengannya Saya percaya, sesungguhnya buku ini adalah cetusan bernas yang perlu dibaca setiap Muslim Kutiplah kalam mutiara yang ada di dalamnya, sambutlah bingkisan sentuhan iman yang terkandung di dalamnya Saya pasti, setelah membaca buku ini, anda akan menyedari bahawa kita sebagai umat Islam, ada TERLALU BANYAK lagi perkara untuk dilakukan.


  8. says:

    Buku Di Hamparan Shamrock ini mempersembahkan rentak yang berlainan berbanding siri buku aku terima nikahnya dan secangkir teh mengubat letih Jika dalam kedua dua buku tersebut ia banyak mempersembahkan hasil perjalanan travelog dan sisi kehidupan yang indah indah belaka, namun buku Di hamparan Shamrock ku seru namamu ini membawa rentak yang berlainan Penulis kelihatannya lebih jujur dalam mempersembahkan diri sebagai seorang yang manusia yang juga terkadang tersilap,tersungkur, naik dan turun dalam menempuhi kehidupan ini Ya, pastinya buku ini hadir bagi meredhakan kritikan orang ramai terhadap siri buku aku terima nikahnya yang seakan akan sempurna perjalanannya Dan dalam pembawakan penulis yang lebih jujur terhadap tulisannya ini, tulisannya menjadi lebih hidup daripada biasa.


  9. says:

    Saya bagi lima bintang untuk pesanan, coretan dan perkongsian pengalaman yang sangat berharga, kadang kadang sangat peribadi sifatnya, kejujuran dalam tulisan dan yang utama, apa yang saya sebagai pembaca dapat setelap menutup helaian terakhir buku ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu summary pdf Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu, summary chapter 2 Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu, sparknotes Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu, Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu 8ea8563 Popular Books, Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama Mu Author Hasrizal Abdul Jamil This Is Very Good And Becomes The Main Topic To Read, The Readers Are Very Takjup And Always Take Inspiration From The Contents Of The Book Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama Mu, Essay By Hasrizal Abdul Jamil Is Now On Our Website And You Can Download It By Register What Are You Waiting For Please Read And Make A Refission For You

  • Mass Market Paperback
  • 342 pages
  • Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu
  • Hasrizal Abdul Jamil
  • Malay
  • 14 October 2018

About the Author: Hasrizal Abdul Jamil

Hasrizal holds a Bachelor of Sharia Honours from Mu tah University, Jordan 2001 He is the academic director at Khalifah Model School Secondary , an integrated private Islamic school owned by Khalifah Education Foundation Currently on his study leave in education at the University of Oulu Finland A strong believer in progressive curriculum and instruction, welcoming technology enhanced lear