[PDF / Epub] ☆ Anekdot Madinah Author Muhd Kamil Ibrahim – Saudionline.co.uk


10 thoughts on “Anekdot Madinah

  1. says:

    Menarik sekali buku ini Menyentuh hingga ke dasar hati dan akal MKI mengajak kita berbuat amalan biasa dengan sesungguh hati bukan sekadarnya saja.Dalam banyak bahagian buku ini MKI mengajak kita berbuat sesuatu amalan yang tidak sukar untuk dibuat, namun perlukan tekad untuk menjadikannya amalan yang berterusan.Ternyata MKI merancang secara strategik setiap usaha yang beliau sekeluarga lakukan Benar sekali, dalam hidup saya secara khusus, yang dirancang secara teliti hanya yang berkaitan kerjaya, anak anak, dan pelbagai sisi lain kehidupan sekeluarga Namun secara khusus berkaitan ibadah sememangnya amat kurang yang dirancang secara strategik Sedangkan itu yang dibawa ke sana kelak.Usaha usaha seperti mengusahakan kutipan dana untuk membina masjid di Somalia dan menyediakan saperah berbuka puasa di Masjid Nabawi, saya fikir antara usaha yang boleh dijalankan dengan baik jika dirancang sebaiknya.


  2. says:

    Benar, DIA Maha Mendengar Keyakinan yang lebih terpateri kukuh di hati sangat teruji dengan pelbagai cabaran Itu persepsi KakChik sangat menutup halaman terakhir buku ini Ujian Allah boleh tidak boleh diterima dengan tenang hati Maka yakinlah bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu ada hikmah atau pengajaran yang tersendiri.Kandungan buku ini lebih kepada kehidupan seharian penulis di Haram Madinah Kehidupan harian yang biasa biasa sahaja tetapi jika kita membuka hati dan minda, pasti kita temui yang luar biasa di sebalik yang biasa biasa itu Ternyata untuk beradaptasi dengan kehidupan baharu bukan mudah tetapi kerana masa dan tujuan penulis berhijrah ke Haram adalah kerana Allah SWT semata mata, maka setiap ujian diterima dengan berlapang dada dan doa yang tidak pernah putus.Peringatan dan perkongsian amalan yang sangat signifikan juga turut menjadi nadi buku ini Amalan yang pada zahirnya nampak ringkas dan senang seperti berdoa tetapi kadangkala kita terlupa untuk melakukannya.Buku yang banyak perkongsian untuk penghijrahan yang lebih baik Semoga Prof Dr Muhd Kamil keluarga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT Terima kasih untuk perkongsian ini.


  3. says:

    Short and simple based on true life experience of Prof Dr Mohd Kamil Ibrahim migrating to Madinah to teach Accounting at University Taibah How sweet and bless to be able to pray and seek ALLAH blessing and forgiveness in Raudhah inside Nabawi Mosque Pray that one day ALLAH will granted my wish to perform Umrah and Haj and be able to pray inside Nabawi Mosque and seek ALLAH Blessing inside Raudhah and visit the Prophet Muhammad SAW tombstome and his two companion Syadina Abu Bakar and Syadina Umar Al Khatab


  4. says:

    Alhamdulillah Another book of Prof MKI yang menyentuh kalbu Anekdot Madinah membawa kembali memori dan pengalaman saya ke Madinah and Makkah Rindu yang tak tergambar Penulisan Prof MKI seolah olah a live talk Ceritanya hidup Dapat digambarkan suasana di sana, perasaan berada di sana It makes me believe the power of dua Dua is the key Ask everything from Allah.InsyaAllah He will grant you Benar, Dia Maha Mendengar Put a trust.


  5. says:

    Benar, Dia Maha Mendengar Dia mendengar sesuatu yang kita lafazkan Dia juga mendengar bisikan hati nurani Malah Dia mendengar sesuatu yang terlintas di sanubari Sometimes what we wish and ask to Allah doesn t necessarily are the best for us He is the best planner of all, no doubt Just keep making dua, keep making dua and keep making dua eventually the good things will come along the way, just have strong faith Two things to help dealing with hardship Salah and Sabr Period.


  6. says:

    Teringat kisah penulis dalam buku ini ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci Apa yang saya baca dapat saya lihat sendiri di sana Kisah kehidupan biasa yang memiliki erti luar biasa.


  7. says:

    Setelah membaca buku ini kita akan bertambah yakin bahawa Benar, Allah Maha Mendengar


  8. says:

    Penulis berjaya membawa pembaca ke Bandar Madinah dan berusaha untuk membayangkannya Penulis juga berjaya menyematkan azam kepada pembaca untuk pembaca satu hari nanti untuk turut ke Madinah.


  9. says:

    AllahAllahAllahSesungguhnya Allah itu Maha Mendengarjangan jemu berdoa


  10. says:

    Jom baca Jangan x baca rugi besar mudah dan simple mendidik tanpa rasa dididik.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Anekdot Madinah summary pdf Anekdot Madinah , summary chapter 2 Anekdot Madinah , sparknotes Anekdot Madinah , Anekdot Madinah 35ece07 Buku Ini Adalah Karya Kedua Prof Muhd Kamil Ibrahim MKI Bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd Tampil Dengan Gaya Bahasa Yang Mudah, Namun Pengisiannya Amat Mendalam Bertugas Di Universiti Taibah Sebagai Profesor Perakaunan, Dan Bermukim Di Bumi Madinah, Prof Kamil Bijak Mengadun Latar Madinah Dalam Sisi Hidupnya Sebagai Hamba Allah Seperti Biasa, MKI Menulis Dari Hati, Maka Setiap Kisah Yang Dipaparkan Pasti Akan Jatuh Ke Hati Pembaca Bumi Madinah Sememangnya Tidak Asing Bagi Umat Islam, Namun MKI Memerikannya Dari Sudut Yang Berbeza Dan Wajar Direnungi Bersama

  • Hardcover
  • 400 pages
  • Anekdot Madinah
  • Muhd Kamil Ibrahim
  • Malay
  • 06 May 2019

About the Author: Muhd Kamil Ibrahim

As published in Value Relevance of Accounting Numbers 2005 Muhd Kamil Ibrahim was born on May 19, 1964 at Kampong Bintang, Besut, Terengganu Universiti Teknologi MARA has conferred him a Professorship in Accounting at the age of 39 He completed his primary education in five years, instead of six as best student Subsequently, he was offered to go to three elite residential school Sekolah Mene